TARIAN MANIPURI
Tarian Manipuri berasal dari Manipur,India timur Laut. Gerakan tari ini awalnya dinamakan jogai yang bererti gerakan melingkar. Berdasarkan teks kuno, tari ini melambangkan gerakan planet yang mengelingi matahari. Gaya tari Manipuri berkembang berdasarkan kehidupan dan budaya rakyat Manipuri dan memiliki ciri khas dekorasi yang berwarna-warni serta gerakan kaki yang lincah.
(GKB Sem 1) Makanan dan Tarian Tradisional Masyarakat India
Wednesday, 21 September 2016
TARIAN ODISSI
Tarian Odissi dikenali sebagai Orissi ialah satu daripada lapan bentuk tarian klasik India. Tarian ini berasal daripada Odisha di bahagian Timur India.Berlandaskan bukti arkeologi tarian ini merupakan
bentuk tarian yang masih kekal dan tertua di India. Tarian ini disekat dalam zaman Raj British akan tetapi sudah dipulihkan semenjak kemerdekaan India.Tarian ini bercirikan pelbagai Bhanga yang melibatkan hentakan kaki, dan postur seperti yang terlihat pada arca-arca India.
Tarian Odissi dikenali sebagai Orissi ialah satu daripada lapan bentuk tarian klasik India. Tarian ini berasal daripada Odisha di bahagian Timur India.Berlandaskan bukti arkeologi tarian ini merupakan
bentuk tarian yang masih kekal dan tertua di India. Tarian ini disekat dalam zaman Raj British akan tetapi sudah dipulihkan semenjak kemerdekaan India.Tarian ini bercirikan pelbagai Bhanga yang melibatkan hentakan kaki, dan postur seperti yang terlihat pada arca-arca India.
TARIAN KUCHUPUDDI
Tarian ini berasal daripada Andra Pradesh,India Utara. Tari ini sendratari yang didasarkan pada tradisi teater dan dikenali dengan nama Bhagavatha Mela Natakam. Para pelakon menyanyi dan menarikan tarian ini pada upacara persembahan di kuil. Tarian Kuchupuddi memiliki teknik yang lebih bebas berbanding jenis tari klasik yang lain.
Tarian ini berasal daripada Andra Pradesh,India Utara. Tari ini sendratari yang didasarkan pada tradisi teater dan dikenali dengan nama Bhagavatha Mela Natakam. Para pelakon menyanyi dan menarikan tarian ini pada upacara persembahan di kuil. Tarian Kuchupuddi memiliki teknik yang lebih bebas berbanding jenis tari klasik yang lain.
TARIAN MOHINI ATTAM
Mohini Attam adalah tarian yang berasal dari Kerala. Tarian ini menceritakan tentang rasa cinta dan dedikasi terhadap dewa. Gerakan-gerakan dasar tarian ini adalah Adavus yang dibahagi menjadi 4 bahagian, Taganam, Jaganam, Dhaganam, dan Sammisram. Para penari Mohini Attam mengenakan riasan yang realistik dan kostum yang lebih sederhana jika dibandingkan dengan tarian yang lain.
Tuesday, 6 September 2016
Makanan Tradisional Masyarakat India
Makanan India
-Makanan India selalunya mengandungi bahan-bahan seperti rempah, herba dan sayur-sayuran.
Terdapat beberapa keistimewaan dan kelebihan dalam tradisi makanan India :
1) Makanan India dihidangkan atas daun pisang dengan tujuannya
- memberi aroma yang sangat menyegarkan
-Jika seseorang makan dengan menggunakan daun pisang ia akan memberi aroma yang menyelerakan serta membantu proses penghadaman makanan kita dengan lebih mudah kerana daun pisang mengandungi " Chorophyll" .
-Daun pisang juga boleh dijadikan sebagai makanan kepada haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.
Adhirasam
- Adhirasam merupakan hidangan manis tradisional kaum India. Manisan ini sangat terkenal dalam tamadun Tamil dan dimakan sebagai pencuci mulut.Adhirasam adalah popular semasa upacara keagamaan seperti perkahwinan , pertunangan , majlis hari lahir dan sebagainya. Orang-orang tua berpendapat bahawa kemanisan yang terdapat dalam Adhirasam ini akan memberi kegembiraan dan kemanisan yang sama seperti dalam kehidupan mereka.
Vadai
-Vadai adalah sejenis makanan masyarakat India selatan yang lebih enak dimakan bersama chutney atau kuah kari.Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang .Satujenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah.Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak dan biasanya terdapat hirisan cili hijau ,cili merah , daun kari dan bawang merah di dalamnya.
Nasi Beriani
- Satu lagi makanan tradisional masyarakat India ialah nasi beriani, Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam . Ia bukan sahaja digemari oleh masyarakat India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum lain . Nasi Beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam dimasak bersama dengan lauknya(ayam & daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba , dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi .
Tarian Tradisional Masyarakat India
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan berbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Bharatha Natyam
BA (ekspresi) + RA (muzik) + THA (irama) + NATYAM (tarian) = Baratha Natyam
Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
Contoh gerakan tangan ( Muthiraikal ) :
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
Biasanya perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:
>>> Secara konklusinya , Bharata Natyam merupakan suatu tarian yang amat unik dan istimewa. Oleh itu , generasi akan datang perlu mempunyai minat dan berinisiatif penuh untuk mempelajari seni ini .Hal ini kerana , seni warisan masyarakat India yang begitu unik ini tidak dilupai oleh generasi yang akan datang malah menyanjung keistimewaannya selama-lamanya.
Kathakali
-Kathakali merupakan tarian masyarakat India yang berasal dari Kerala( India Selatan ). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan . Para penari kathakali menggunakan hiasan wajah serta kostum tarian yang ber warna meriah . Ini melambangkan bahawa karakter-karakter yang dimainkan merupakan makhluk dari dunia lain. Hiasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai Satvik ( rupa dewa ) , rajasik ( rupa ksatria ) , dan tamasik ( rupa setan ) . Tema tarian Kathakali berasal dari cerita klasik seperti :
1) RAMAYANA
2) MAHABHARATA
3)KISAH LEGENDA
4)MITOLOGI HINDU
>>>> Elemen yang paling istimewa dalam Kathakali ialah ekspresi muka para penari . Ekspresi muka penari yang amat bagus ini dapat kita tonton dalam video di bawah.....
|
Subscribe to:
Posts (Atom)